Alhamdulillah bertahun jugak rasanya tak menulis dalam blog ini...hihihi....😊
Entri kali ini ana ingin berkongsi sedikit cerita terkait Sekolah Menengah Al-Itqan Pulau Pinang, yang mana SMI Al-Itqan ini sebenarnya merupakan lanjutan pendidikan akademik dan tarbiyah yang telah dipupuk semasa di Sekolah Rendah Al-Itqan.
Pada hari Jumaat tanggal 24 November, Sekolah Rendah Al-Itqan telah mengadakan program Semarak Al-Itqan buat julung kalinya. Pada program ini ada beberapa aktiviti yang dijalankan serentak, iaitu Graduasi Tahun 6 dan Jualan Terbuka untuk semua pelajar Al-Itqan, waris dan juga muallim dam muallimah.
|
Banner Semarak Al-Itqan 1 2017. |
Ada satu moment yang berkesan dihati ana saat program graduasi tahun 6 yg di jalankan di dalam surau Sek Ren Al-Itqan. Iaitu slot untuk sekolah menengah mempromosikan sekolah mereka kepada waris dan pelajar tahun 6. Biasanya slot mempromosikan sekolah ini akan disampaikan oleh pengetua ataupun penolong kanan dari SMI Al-Itqan, tapi kali ini berbeza sedikit sbb yang menyampaikan adalah pelajar dari SMI Al-Itqan itu sendiri. Ya...mereka adalah Amal pelajar dari tingkatan 5 Ibnu Taimiyah dan Maryam pelajar tingkatan 3 At Tabarani.
|
Maryam dan Amal mempromosikan SMI Al-Itqan kepada Waris dan Pelajar Tahun 6. |
Semasa Maryam dan Amal sedang bercerita tentang pengalaman mereka di SMI Al-Itqan, bercerita tentang peluang-peluang dan kelebihan belajar di SMI Al-Itqan, tanpa terasa air mata menetes dari kedua mata insan yg penuh dosa ini. Ya...masa itu tanpa disedari air mata ana menetes dan gemuruh dalam dada. Bercampur baur antara haru dan bahagia didalam dada. Saat itu juga fikiran ini terus tertuju pada perjalanan dakwah yang di emban oleh sosok manusia terbaik iaitu Rasulullah Sallalahu 'Alaihi wasallam. Terfikir bagaimana dengan hikmahnya Rasulullah mengajak manusia dari alam jahiliyah menuju alam penuh dengan cahaya Islam, mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari terjerumusnya kedalam api neraka. Begitu juga perjuangan yang sedang dilakukan Maryam dan Amal, mereka sedang berjuang untuk memikat hati waris dan pelajar tahun 6 untuk melanjutkan pendidikan mereka di SMI Al-Itqan, mereka sedang menawarkan pendidikan yang lebih baik insyaAllah kepada adik-adik mereka di tahun 6. Inilah dakwah mereka dan semoga Allah memberikan ganjaran yang lebih baik kepada antuma berdua. Terkadang kita perlu merayu dihadapan manusia untuk kebaikan akhirat mereka.