WAJIB BACA! TAKTIK KOTOR TERBARU SINDEKET PENIPU! AWAS!!
Hari itu 4hb June, nasib saya tak terjebak. Lebih kurang
tengahari jam 12.30, saya memandu di hadapan Angkasapuri menghala ke Highway
Seremban. Apabila dijalan lurus sebelum ke simpang Taman Seputih, seorang
penunggang motosikal menunjuk sesuatu di tayar hadapan kiri saya.
Saya perlahankan kereta tapi tak berhenti. Penunggang tadi
yang berada di hadapan saya melambai suruh saya berhenti. Saya rasa mungkin ini
satu helah tapi dalam hati rasa was-was juga, mungkin betul. Tiba2 ada seorang
lagi penunggang menunjuk tayar hadapan saya.
Saya kemudian berhentikan kereta di tepi jalan sebelum masuk
ke simpang Taman Seputih. Penunggang yang pertama tadi datang ke arah saya dan
bagitau yang tayar kereta saya berasap dan ada banyak minyak brek keluar.
Saya berat hati untuk keluar sebab
mengesyaki sesuatu…kenapa
penunggang itu beria-ia nak suruh saya berhenti.
Saya bagitau dia yang saya akan bergerak perlahan pergi ke
bengkel kereta. Dia bagitau, kalau bergerak juga mungkin brek tak makan…saya
kata tak mengapa…(Saya fikir, saya bukannya baru pandu kereta…dah berpuluh
tahun, kalau brek tak makan…tariklah hand brek)..walaupun begitu saya rasa cuak
juga, mungkin betul ada kerosakkan…saya pandu 60 ke 70 km saja. Lebihkurang 15
minit saya sampai di bengkel yang saya selalu baiki kereta saya. Saya turun dan
tengok tayar kereta.
Memang betul minyak brek bertaburan di sport rim dan tayar.
Saya panggil pomen dan bagitau dia apa yang berlaku.
Dia pun jawab: ” Aiya ini tak da hal punya”. Di ambil
sebaldi air dan siram tayar kereta. Dia sambung ” Saya punya customer ramai
sudah kena ini macam”, ” Itu orang kata dia pomen dan akan buka you punya tayar
dan brek, kemudian dia kata kena bayar RM1,000 untuk siap. ” Itu orang banyak
pandai, dia kasi spray itu minyak pada tayar kemudian dia kata tayar keluar
asap sebab brek disc panas, kena minyak, mesti keluar asab”.
Penunggang tersebut berbangsa India (bukan nak hina mereka
pulak, ramai India yang baik) dan memang lagak macam pomen. Cuma saya terlupa
nak catat nombor pendaftaran motosikal dia. Semoga pembaca semua dapat
mengambil pengajaran daripada peristiwa ini.
BAYANGKAN JIKA IA TERJADI PADA PARA WANITA DAN APA YANG
BERLAKU KEMUDIANNYA.
Terima kasih kerana membaca.
SHARE kepada semua , biar semua tahu …
sumber: albangi.wordpress.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Comment