Minggu, 12 Mei 2019

Teraweh bersama Umar

7 Ramadan. Lepas solat taraweh, mata masih berair :-)
.....seperti biasa selepas berbuka puasa, solat maghrib di masjid Maqbul Teluk Kumbar kami berdua akan terus ke Masjid Al-Malik Khalid USM untuk melaksanakan solat isya dan teraweh 11 rakaat. Kenapa Masjid ini menjadi pilihan? Satu diantaranya kerana ana merasakan lebih tenang bertaraweh di masjid ini, dengan banyaknya penuntut ilmu disini suasana keilmuan pun agak terasa. Satu lagi sebab disini solatnya 11 rakaat, Umar Alhamdulillah mampu menyelesaikan 11 rakaat dengan sempurna walaupun masuk rakaat 7-8 dia sudah mulai bosan. Dan alasan yang paling kuat adalah sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi wasallam: “Barangsiapa yang melaksanakan solat malam (di bulan Ramadan) bersama imam sampai selesai, maka dia dicatat telah menegakkan solat satu malam penuh”. (HR. Ahmad, dishohihkan oleh at-Tirmidzi dan al-Albani dalam Irwaul Gholil:447) kalau solat di masjid yang teraweh 21, anak seusia Umar biasanya merasaan sangat boring dan dia akan keluar masjid dan berlarian di luar hingga ke jalan besar. Biasanya ana memutuskan 8 rakaat sahaja kemudian membawanya pulang kerumah, tak dapatlah keutamaan sebagaimana dalam hadis diatas.

Oke sambung cerita… masuk pada rakaat 6-7 kebetulan imam teraweh membaca ayat tentang bagaimana nabi Adam 'Alaihissalam yang termakan oleh rayuan iblis dan kemudian Allah turunkan Nabi Adam ke dunia lantas ia berdoa: "Robbanaa zholamna anfusanaa, wa inlam taghfirlanaa watarhamnaa lanakuunannaa minal khoosiriin."

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...