7 Ramadan. Lepas solat taraweh, mata masih berair :-) |
.....seperti biasa selepas berbuka puasa, solat maghrib di masjid
Maqbul Teluk Kumbar kami berdua akan terus ke Masjid Al-Malik Khalid USM untuk melaksanakan solat isya
dan teraweh 11 rakaat. Kenapa Masjid ini menjadi pilihan? Satu diantaranya
kerana ana merasakan lebih tenang bertaraweh di masjid ini, dengan banyaknya
penuntut ilmu disini suasana keilmuan pun agak terasa. Satu lagi sebab disini
solatnya 11 rakaat, Umar Alhamdulillah mampu menyelesaikan 11 rakaat dengan
sempurna walaupun masuk rakaat 7-8 dia sudah mulai bosan. Dan alasan yang paling
kuat adalah sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi wasallam: “Barangsiapa yang melaksanakan solat malam (di bulan Ramadan) bersama imam
sampai selesai, maka dia dicatat telah menegakkan solat satu malam penuh”. (HR.
Ahmad, dishohihkan oleh at-Tirmidzi dan al-Albani dalam Irwaul Gholil:447)
kalau solat di masjid yang teraweh 21, anak seusia Umar biasanya merasaan sangat boring dan dia akan keluar
masjid dan berlarian di luar hingga ke jalan besar. Biasanya ana memutuskan 8
rakaat sahaja kemudian membawanya pulang kerumah, tak dapatlah keutamaan
sebagaimana dalam hadis diatas.
Oke sambung cerita… masuk pada rakaat 6-7 kebetulan imam teraweh membaca ayat tentang bagaimana nabi Adam 'Alaihissalam yang termakan oleh rayuan iblis dan kemudian Allah turunkan Nabi Adam ke dunia lantas ia berdoa: "Robbanaa zholamna anfusanaa, wa inlam taghfirlanaa watarhamnaa lanakuunannaa minal khoosiriin."
Ertinya: " Ya Tuhan kami, kami telah menzhalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya kami termasuk orang-orang yang rugi.”[ Al A'raf ayat 23]. Mendengar ayat ini sontak batinku berkecamuk dan mata tak mampu mebendung airnya, terisak-isaklah ana dalam solat.😠Menangis bukan kerana diri ini soleh tapi diri sedar banyak sangat bermaksiat pada Allah. Habis rakaat 5-6 Umar terus bertanya kenapa abi menangis? Hanya mampu menjawab “takda apalah.”
Kemudian sambung lagi kerakaat 7-8 dan imam membaca ayat
tentang kematian. Makin terisak-isak ana dibuatnya, menangislah sejadi-jadinya,
Umar pun memandang wajah ana dan diapun tak mampu menahan air matanya dan
menagislah kami berdua dalam solat. Namun yang lain dari dia dirakaat 7 dan 8
ni, tiap kami ana rukuk dia akan mencium pipiku dan ketika duduk antara dua
sujud dan tahiyyat ia akan berusaha untuk mencapai pipiku dan mengecupnya. Usai sahaja dari
solat sambil menangis dia terus berkata “abi jangan tinggal Umar tau, abi
jangan mati dulu Umar sayang abi.”ðŸ˜
Perkara mati dan meninggalkan ini memang selalu ana tekankan pada Umar, sering ana berkata padanya kalau abi dah takda nanti Umar jangan lupa doa untuk abi tau. Dia akan Tanya doa apa? Ana jawab doa agar Allah masukkan kita semua dalam syurgaNya. Kemudian dia akan Tanya lagi abi nak pi mana? Ana jawab, mungkin Allah akan panggil abi dulu atau mungkin kita akan berpisah disebabkan factor lain. Membekali anak dengan perpisahan dan kematian sekali sekala tidaklah salah, dan itu baik untuk mereka mengenali Rabb, walaupun terkadang nanti akan panjang pembahasan kepada kehidupan setelah kematian. Apapun itu abi selalu berdoa agar Umar menjadi anak yang soleh, bermanfaat untuk bangsa dan mengabdi pada agama. Aamiin yaa Rabb...

2 Ramadhan di USM Penang |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Comment