ZIARAH MAHABBAH
Ziarah Mahabbah merupakan salah satu program Menorobos
Akar Umbi yang terdapat pada Mukhayyam (Perkhemahan) Pra Tunas 2019
Sekolah Rendah Al-Itqan. Ziarah Mahabbah juga merupakan penjabaran dari
pengaplikasian 10 Muwasafat Tarbiah atau 10 Ciri Keperibadian Muslim yang
merupakan elemen penting dari pentarbiahan di sekolah Rendah Al-Itqan dan juga
sekolah Rangkaian IKRAM-Museh lainnya.
Ziarah Mahabbah diambil dari perkataan bahasa arab. Ziarah
bermaksud perkunjungan ke sesuatu tempat (Kamus Pelajar Edisi Kedua), sedangkan
mahabbah sendiri bermaksud kasih sayang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Dalam Ziarah mahabbah kali ini anak-anak murid tahun 2 dan 3
di perkenalkan dengan sesuatu yang sangat baharu bagi mereka. Murid-murid dalam kumpulan2 usrah menziarahi
penduduk kampong di sekitar sekolah untuk membagikan hadiah berupa minyak
masak, tepung, gula, susu pekat , stiker ucapkanlah salam dan juga brosur
kempen kitar semula minyak masak kepada bio diesel. Dalam ziarah mahabbah ini
mereka ditemani oleh muallim muallimah yg juga berperanan sebagai murabbi
murabbiah (mentor).
Objektif dari Ziarah Mahabbah ini ialah, yang pertama
menanamkan nilai kepada murid-murid untuk Ikromul jiran (memuliakan jiran),
sebagaimana hadis Rasulullah “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari
kiamat maka hendaklah ia memuliakan jirannya.” [HR. al-Bukhâri dan
Muslim]
Yang kedua, mengajarkan kepada murid sifat mahabbah
(kasih sayang), kerana memberikan hadiah kepada orang lain yang kita kenal
mahupun tak kenal dapat menumbuhkan rasa kasih sayang diantara keduanya, hal
ini sejalan dengan sabda Rasulullah "تهدوا تحابوا " (Tahaddu
tahabbu) “Saling memberi
hadiahlah nescaya kalian saling mencinta.” (HR. Bukhari Al-Adab
Al-Mufrod 594).
Ketiga, menepis rasa ego dan malu pada
perkara-perkara ma'ruf (baik) yang tak seharusnya kita malu pada perkara
tersebut. Para salaf terdahulu mengatakan
لا ينال العلم مستحى
و لا مستكبر
“Orang yang pemalu tidak akan meraih ilmu, demikian juga
orang yang sombong”.
Keempat, memupuk sifat ringan tangan (saling tolong
menolong), dan yang kelima, megajarkan adab bertamu kepada murid-murid
mulai dari adab mengucapkan salam, adab bercakap, adab meminta izin dan banyak
lagi sebenarnya yang murid dapat belajar dari Ziarah Mahabbah ini.
Alhamdulillah terlihat keseronokan dari raut wajah
murid-murid dalam ziarah mahabbah kali ini. Beragam juga respon yang diberikan
jiran-jiran dari ziarah mahabbah ini, ada yang mengucap syukur sangat-sangat,
ada yang takut nak buka pintu, ada yang lari masuk ke rumah saat melihat
murid-murid dari kejauhan..hihi, ada yang Tanya “tak perlu bagi apa-apa kah?,
ada juga adegan sedih dari jiran sebab sangat terharu diatas pemberian hadiah
dari murid-murid.
Alhamdulillah ‘ala kulli haalin, inilah yang dijalani murid
pada hari ini, semoga nilai kebaikan yang di tanamkan oleh muallim dan
muallimah kepada anak didik bermanfaat dan membekas dalam kehidupan seharian mereka
baik itu sekarang mahupun dikemudian hari nanti, kerana tugas mendidik ini
ibarat menanam pokok, ada yang dapat kita lihat hasilnya sekarang namun ada
juga yang terlihat hasilnya setelah sekian lama.
Bagaimanapun juga kami di Sekolah Rendah Al-Itqan masih dan
terus berusaha untuk menanamkan nilai kebaikan kepada anak didik disekolah.
Semoga usaha sekolah untuk Membentuk Generasi Rabbani di
berkati oleh Allah Subhanahu wata’ala.
Muallim
Muhammad Ikbal Ismail
Penolong
Kanan Tarbiah
Sekolah
Rendah Al-Itqan Pulau Pinang.
#musleh #ikrammusleh #ikram #ikramusleh #muslehkita #itqan #alitqan #telukkumbar #telukumbar #penang #pulaupinang #ziarah #mahabbah #santuni #akarumbi #menerobos
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Comment