Minggu, 12 Mei 2019

Teraweh bersama Umar

7 Ramadan. Lepas solat taraweh, mata masih berair :-)
.....seperti biasa selepas berbuka puasa, solat maghrib di masjid Maqbul Teluk Kumbar kami berdua akan terus ke Masjid Al-Malik Khalid USM untuk melaksanakan solat isya dan teraweh 11 rakaat. Kenapa Masjid ini menjadi pilihan? Satu diantaranya kerana ana merasakan lebih tenang bertaraweh di masjid ini, dengan banyaknya penuntut ilmu disini suasana keilmuan pun agak terasa. Satu lagi sebab disini solatnya 11 rakaat, Umar Alhamdulillah mampu menyelesaikan 11 rakaat dengan sempurna walaupun masuk rakaat 7-8 dia sudah mulai bosan. Dan alasan yang paling kuat adalah sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi wasallam: “Barangsiapa yang melaksanakan solat malam (di bulan Ramadan) bersama imam sampai selesai, maka dia dicatat telah menegakkan solat satu malam penuh”. (HR. Ahmad, dishohihkan oleh at-Tirmidzi dan al-Albani dalam Irwaul Gholil:447) kalau solat di masjid yang teraweh 21, anak seusia Umar biasanya merasaan sangat boring dan dia akan keluar masjid dan berlarian di luar hingga ke jalan besar. Biasanya ana memutuskan 8 rakaat sahaja kemudian membawanya pulang kerumah, tak dapatlah keutamaan sebagaimana dalam hadis diatas.

Oke sambung cerita… masuk pada rakaat 6-7 kebetulan imam teraweh membaca ayat tentang bagaimana nabi Adam 'Alaihissalam yang termakan oleh rayuan iblis dan kemudian Allah turunkan Nabi Adam ke dunia lantas ia berdoa: "Robbanaa zholamna anfusanaa, wa inlam taghfirlanaa watarhamnaa lanakuunannaa minal khoosiriin."

Minggu, 24 Februari 2019

Menorobos Akar Umbi

ZIARAH MAHABBAH
Ziarah Mahabbah merupakan salah satu program Menorobos Akar Umbi yang terdapat pada Mukhayyam (Perkhemahan) Pra Tunas 2019 Sekolah Rendah Al-Itqan. Ziarah Mahabbah juga merupakan penjabaran dari pengaplikasian 10 Muwasafat Tarbiah atau 10 Ciri Keperibadian Muslim yang merupakan elemen penting dari pentarbiahan di sekolah Rendah Al-Itqan dan juga sekolah Rangkaian IKRAM-Museh lainnya.


Ziarah Mahabbah diambil dari perkataan bahasa arab. Ziarah bermaksud perkunjungan ke sesuatu tempat (Kamus Pelajar Edisi Kedua), sedangkan mahabbah sendiri bermaksud kasih sayang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Rabu, 30 Januari 2019

UNTUK APA ALLAH MENGGANTI KULIT PENGHUNI NERAKA BERKALI-KALI?


Di dalam Surat An Nisa ayat 56, Allah berfrman:

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآَيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus,Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab, Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”

 
Siapapun yang mentadaburi ayat di atas pastilah bertanya-tanya, mengapa Allah Yang Maha Kuasa mengganti kulit yang hangus karena luka bakar akibat panasnya api neraka diganti dengan kulit  yang baru?

Dalam ilmu dermatologi

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...