Sabtu, 02 Desember 2017

Teruk sangat Sekolah Menengah Al-Itqan Pulau Pinang

Alhamdulillah bertahun jugak rasanya tak menulis dalam blog ini...hihihi....😊
Entri kali ini ana ingin berkongsi sedikit cerita terkait Sekolah Menengah Al-Itqan Pulau Pinang, yang mana SMI Al-Itqan ini sebenarnya merupakan lanjutan pendidikan akademik dan tarbiyah yang telah dipupuk semasa di Sekolah Rendah Al-Itqan.

Pada hari Jumaat tanggal 24 November, Sekolah Rendah Al-Itqan telah mengadakan program Semarak Al-Itqan buat julung kalinya. Pada program ini ada beberapa aktiviti yang dijalankan serentak, iaitu Graduasi Tahun 6 dan Jualan Terbuka untuk semua pelajar Al-Itqan, waris dan juga muallim dam muallimah. 

Banner Semarak Al-Itqan 1 2017.

Ada satu moment yang berkesan dihati ana saat program graduasi tahun 6 yg di jalankan di dalam surau Sek Ren Al-Itqan. Iaitu slot untuk sekolah menengah mempromosikan sekolah mereka kepada waris dan pelajar tahun 6. Biasanya slot mempromosikan sekolah ini akan disampaikan oleh pengetua ataupun penolong kanan dari SMI Al-Itqan, tapi kali ini berbeza sedikit sbb yang menyampaikan adalah pelajar dari SMI Al-Itqan itu sendiri. Ya...mereka adalah Amal pelajar dari tingkatan 5 Ibnu Taimiyah dan Maryam pelajar tingkatan 3 At Tabarani.
Maryam dan Amal mempromosikan SMI Al-Itqan kepada Waris dan Pelajar Tahun 6.

Semasa Maryam dan Amal sedang bercerita tentang pengalaman mereka di SMI Al-Itqan, bercerita tentang peluang-peluang dan kelebihan belajar di SMI Al-Itqan, tanpa terasa air mata menetes dari kedua mata insan yg penuh dosa ini. Ya...masa itu tanpa disedari air mata ana menetes dan gemuruh dalam dada. Bercampur baur antara haru dan bahagia didalam dada. Saat itu juga fikiran ini terus tertuju pada perjalanan dakwah yang di emban oleh sosok manusia terbaik iaitu Rasulullah Sallalahu 'Alaihi wasallam. Terfikir bagaimana dengan hikmahnya Rasulullah mengajak manusia dari alam jahiliyah menuju alam penuh dengan cahaya Islam, mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari terjerumusnya kedalam api neraka. Begitu juga perjuangan yang sedang dilakukan Maryam dan Amal, mereka sedang berjuang untuk memikat hati waris dan pelajar tahun 6 untuk melanjutkan pendidikan mereka di SMI Al-Itqan, mereka sedang menawarkan pendidikan yang lebih baik insyaAllah kepada adik-adik mereka di tahun 6. Inilah dakwah mereka dan semoga Allah memberikan ganjaran yang lebih baik kepada antuma berdua. Terkadang kita perlu merayu dihadapan manusia untuk kebaikan akhirat mereka. 


Mengapa sedaya upaya mereka memujuk murid tahun 6 melanjutkan pelajaran mereka di SMI Al-Itqan? Sebab....ada tarbiyah yang telah dipupuk semasa di SRI Al-Itqan, yang mereka tidak akan dapati kesinambungannya kecuali di SMI Al-Itqan atau sekolah rangkaian Musleh yang lainnya.
Tarbiyah...? ya tarbiyah yang berkesinambungan, mulai dari Iman yang sempurna, Cinta yang mendalam dan Pengorbanan yang tulus... duh... panjang kalau kita membahas urgensi tarbiyah disini..hihi..😍

Singkat cerita... Jom ramai-ramai mendaftar di SMI Al-Itqan
Alhamdulillah wasyukurillah tahun ini ramai pelajar yang mendaftar untuk tingkatan 1 dan juga tingkatan lainnya bagi sesi kemasukan 2018. 




Berikut adalah video sesi temuduga pelajar baru untuk kemasukan pelajar baru untuk kemasukan ke tingkatan 1 - 5 2018 di Sekolah Menengah Al-Itqan Pulau Pinang.




Pesan Muallim untuk pelajar tahun 6 yang melanjutkan pelajaran mereka di SMI Al-Itqan dan juga semua pelajar baru; belajarlan dengan sungguh-sungguh, focuslah bahwa antum adalah seorang penuntul ilmu, dan orang yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan mudahkan jalannya menuju syurga (maksud hadith). Semoga antum senatiasa diberikan kemudahan oleh Allah dalam menuntut ilmu dan semoga antum kelak menjadi mujahid dan mujahidah yg menggerakkan dakwah di bumi mutiara ini dan diseluruh Malaysia 'amnya. Aamiin...

Begitulah... walau kami sedar sekolah kami sekolah yang kecil, yang masih banyak terdapat kekurangan disana-sini, tapi kami tak putus asa untuk terus memberikan yang terbaik untuk antum semua pelajar Al-Itqan. Semoga Allah berkati Institusi ini dan juga seluruh pengajar dan pelajarnya.
Semoga Allah persatuakan dan kuatkan ukhuwah diantara kita semua. Aaminn Ya Robbal 'Aalamiin...

Wallahu a'lam...

Gambar-gambar Semarak Al-Itqan 1 2017
Album 1: https://www.facebook.com/pg/ppaiq.official/photos/?tab=album&album_id=1555033317875657

Album 2: https://www.facebook.com/pg/ppaiq.official/photos/?tab=album&album_id=1556298857749103

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Comment

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...